Wednesday, 11 December 2013

NASIHAT DOKTOR




Ketika seorang raja bertanya kepada sekumpulan doktor perawatnya, bagaimana caranya memelihara kesihatan, maka jawapan yang diperolehinya adalah sebagai berikut:

1.       jangan kahwin kecuali yang masih muda.

2.       Jangan makan daging kecuali yang segar.

3.       Jangan minum ubat kecuali Kerana memang sakit.

4.       Jangan makan buah-buahan yang tidak pada musimnya.

5.       Kunyahlah makanan sampai halus benar.

6.       Tidur siang hari setelah makan tidak salah, tetapi jangan tidur setelah makan malam kecuali terlebih dahulu berjalan-jalan sekurang-kurangnya 50 langkah.

7.       Jangan makan kecuali telah lapar.

8.       Jangan memaksa wanita untuk bersetubuh.

9.       Jangan menahan-nahan membuang air kecil.

10.   Jangan menambah makanan ketika perut masih penuh.

11.   Jangan memakan sesuatu yang tidak dapat dikunyah oleh gigi kerana  perut juga tidak sanggup mencernanya.

12.   Sebaik-baik simpanan adalah darah dalam tubuh maka jangan buang kecuali ketika diperlukan benar dan memang harus dilakukan.

13.   Istirehatlah dengan tidur kerana ada beberapa penyakit yang hanya dapat dikeluarkan dari dalam tubuh dengan melalui tidur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... “Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka pula tidak dapat melambatkannya. Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul Kami silih berganti. Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka mendustakannya; lalu Kami binasakan umat-umat yang demikian, lepas satu-satu; dan Kami jadikan perihal mereka sebagai cerita-cerita (yang mendatangkan iktibar); maka kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al-Mu'minuun 23:43)